Tuesday, August 10, 2010

SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU PRT 1

resah hati seorang ibu..

hati ibu mana x resah x susah bila anak yang dilahirkan asyik memberontak. nak kan sesuatu pasti mengamuk mahu di layan. paling pening dan tertekan apabila semua orang sering melayan dan menunaikan apa saja keinginan dan kehendak si anak. bila dilarang jawapan yang diber.."biarlah..budak2..x tau apa.." "biarlah..nanti dia menangis lagi.."

hati si ibu sebak. kenapalah perlu begini wahai anak? bukan ibu x mahu beli..x mahu tunaikan segala permintaan si anak..tapi hal-hal yang akan menajdikan si anak alpa dan leka biarlah ibu bertegas..asal anak ibu tahu menghargai barang..dan harta.. asal anak-anak tahu disiplin diri mana elok mana tak..

hati ibu sedih si anak tidak tahu. anak ibu masih kecil. belum lagi 5 tahun.tapi ibu mahu anak ibu menjadi disiplin seperti anak orang lain yang seusia denganmu. tahu nilai wang ringgit..tahu masa makan masa untuk tidur.. tapi hati si ibu tak siapa peduli.. semua orang menangkan si anak sekarang ini.

wahai anak.. kerana ibu sayangkan kamu..kerana itu ibu marahkan kamu..ibu mahu didik kamu agar kamu jadi insan berguna. ibu larang kamu kerana ibu kasihkan kamu..ibu mahu kamu jadi manusia sempurna.

wahai anak..fahamilah hati ibu.. tika ini ibu mengerti kenapa selama ini atuk kamu dulu sering melarang dan memarahi ibu kerana dia sayangkan ibu.. saat ini aku memahami erti peritnya hati seorang ibu dalam mendidik anak..

wahai anak.. moga kamu mengerti..