Monday, August 23, 2010

pencuci mulut ; lompat tikam


nie lagi senang resepi nih. atas request anak buah aku pon masak la kat depa. hemm. masak memang best kalau ada orang yang suka makan. puas kan?

bahan-bahan:

2 cawan sagu
air
1 cawan gula merah
1 tin susu cair
pewarna hijau (ikut suka la nak boh warna pa)


cara-caranya:

basuh sagu mcam basuh beras la. kemudian masukkan 4 cawan air..masak atas api yang sederhana. titikkan pewarna hijau sedikit saja. kacau biarkan ia masak sehingga keseluruhan sagu yang berwarna putih tu tukar jadi kristal berkilat-kilat. bila semua dah tukar jadi kristal tue, tutup api aangkat dan masukan dlm bekas. sejukkan.

untuk masak sirapnya..

air sedikit
gula merah 1 cawan

masukkan dlm periuk dan kacau sehingga semuanya larut. bila dah mendidih..tutup api dan tapiskan gula dalam bekas bersih.

susu cair di masuk dalam periuk bersama 1 cawan air. didihkan dan tutup api.

(boleh juga diganti dengan santan pada mereka yang tidak gemarkan susu)

kemudian, bila sagu sejuk, boleh dihidangkan bersama sirap gula merah dan susu tersebut.

sangat sedappppp.. cubalaa

ayam masak padang


resepi nie aku tengok dlam kak liza nyer blog.. sedappp.. dah try.. cuba la..




Bahan
1 ekor ayam [buangkan kulit dan potong kecil]
5 helai daun limau purut [koyakkan]
2 batang serai [ketukkan]
2 cawan santan [1/2 biji kelapa]
10 biji ciliapi [biarkan sebiji-sebiji]
2 biji tomato [belah 4]
1 keping asam keping
3 s/b minyak
garam

Bahan mesin
10 biji cili api
10 tangkai cili kering
1 inci halia
1 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 biji buah keras

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin dan serai yg diketuk.
2. Bila dah naik minyak masukkan ayam dan biarkan sekejap.
3. Masukkan santan, daun limau purut, tomato. asam keping dan ciliapi.
4. Biarkan reneh dengan api perlahan sehingga mendideh & naik minyak dan pekat.
5. Hidangkan dgn nasi putih, nasi minyak, roti atau roti jala.

resepi lagi ; udang goreng gajus




hemm.. nie fav hubby aku nih. dia request masak udang goreng gajus nie. so aku pon as his wife..aku pon masak la. nie resepi sendiri tau. try la.may be u all suker. mudah dan ringkas..

bahan-bahan:

500gm udang sederhana besar
10 tangkai cili kering
3 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
seinci halia
sedikit gajus
sos tiram
sos cili
garam
gula
kiub ayam
3 tangkai cili padi
daun kari
sedikit rempah kari

cara-caranya;

udang dibasuh dan dibuang muncungnya.
cili kering, 2 biji bawang besar, halia dikisar halus.
panaskan minyak. tumiskan bawang putih dan bahan2 kisar juga cili padi yang diketuk.masukkan rempah kari.
kemudian, masukkan sos tiram dan sos cili. masukkan gajus.. kecilkan api..
masukkan udang..kacau dan ratakan. masukkan kiub ayam sedikit. garam dan gula secukupnya..
akhir sekali taburkan daun kari. kacau dan biarkan sehinga udang masak.
tutup api dan hidang..

resepi terbaru : ketam masam pedas



hemmm.. nie resepi aku try pada hari jumaat baru-baru nie..ok gak la

bahan-bahan:

4 ekorketam bunga
seinci halia
3 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
daun sup
10 tangkai cili kering
sos cili
sos tomato
kiub ayam

cara-cara:

basuh ketam sebersihnya. sejat.
cili kering, bawang besar, halia di kisar halus.
panaskan sedikit minyak dalam kuali. tumis bawang putih yang dihiris halus bersama bahan-bahan yang dikisar tadi. biarkan sampai naik bau. kemudian, masukkan sos cili dan sos tomato..
kemudian, masukkan ketam.perlahnkan api. gaul semuanya biar rasa.. perasakan dengan garam dan gula secukupnya. akhir sekali apabila ketam sudah masak, masukkan hirisan daun sup. padamkan api.
hidang..

berbuke diluar











hehe..last week ari pe ntah luper plak..hubby aku call ckp ada rezki datang. aku tanay ler pe dia.dia gelak rupa2 nya father in law aku ajak bebuke di hotel. hahah selamatttttt.. tak payah kelam kabot cam selalu masak. so aku as usual bergerak la jejari nie mendail hotel putra brasmana kat kuala perlis tue..so booking la atas nama aku..even yang sebno nye bayau bapak aku.muahahhaa..

then petang sharp kui 5 aku pon terus memecut pulang ke rumah..legaaa.tak payah masak beb! abak2? hubby aku dah amik siang2 kat umah mak aku.. then hubby ckp " ajak bro adam skali.." aku said" ok". sesampainyer kamik kat situk..tengok takder orang lagi..(ader la tak x ramai g ).so segan megan nak masok rayau2 lu kat luar.. kui 7 petang..masuk ler.aku tinjau2 lauk nyer..hem ok gak..dengan price rm22 seoarng kira berbaloi la..

semua aku amik..hahhaha..opie yang kene habiskan semau. anak buah aku jeling jer. sorry opie..tp u memang bagus la..makan jerrr irfan dan qaisara asik berjalan2 jer..hem yang best nyer.bro adam (abang ipar gue)yang asik bz melayan karenah irfan.aku dan hubby? makan senang lenang.hehhe