Monday, November 22, 2010

sunyi tanpa bapak...

datang dari kampung :amanshieyda

18hb nov 2010 jam 1.05pagi..bapak telah pergi tinggalkan kami. sedih.sampai saat ini aku dan abang masih sedih. ta[pi kata abang..kami kena redha dengan ketentuan takdir ini. selama 4 tahun usia perkahwinan aku, bapak tinggal dengan kami. even dia hanya bapak mertua aku, tapi dia sudah ku anggap seperti ayah kandungku sendiri. lagi pon pertalian kami tidak batalkan wudhuk.

sunyi...sangat sunyi rumah kami sekarang. nasib baik irfan dan qaisara ada. arwah pergi di saat semua orang bz buat korban.. aku sendiri x pasti apa yang aku rasa sekarang. yang aku tahu aku tak sangka secepat itu tuhan ambil dia dari kami. aku belum bersedia.

kadang2 aku masih terasa kewujudan dia dalam rumah. hampir lupa bahawa dia telah pergi. ya Allah..berilah kami kekuatan untuk teruskan keidupan tanpa bapak di sisi.
selama ini ke mana saja kami pergi dia kami bawak sekali. ada la skali skala kami tinggalkan dia. hati aku masih lagi sebak. saat ini air mata masih bertakung tapi aku kene kuat. demi satu kehidupan anak2 aku. suami aku.

bapak..semoga roh bapak dicucuri rahmat dan ditenpatkan dikalangan mereka yang beriman. mudah sungguh ALLAH mengambilmu sehingga kami tidak sedar bahawa Kau akan pergi..

Monday, August 23, 2010

pencuci mulut ; lompat tikam


nie lagi senang resepi nih. atas request anak buah aku pon masak la kat depa. hemm. masak memang best kalau ada orang yang suka makan. puas kan?

bahan-bahan:

2 cawan sagu
air
1 cawan gula merah
1 tin susu cair
pewarna hijau (ikut suka la nak boh warna pa)


cara-caranya:

basuh sagu mcam basuh beras la. kemudian masukkan 4 cawan air..masak atas api yang sederhana. titikkan pewarna hijau sedikit saja. kacau biarkan ia masak sehingga keseluruhan sagu yang berwarna putih tu tukar jadi kristal berkilat-kilat. bila semua dah tukar jadi kristal tue, tutup api aangkat dan masukan dlm bekas. sejukkan.

untuk masak sirapnya..

air sedikit
gula merah 1 cawan

masukkan dlm periuk dan kacau sehingga semuanya larut. bila dah mendidih..tutup api dan tapiskan gula dalam bekas bersih.

susu cair di masuk dalam periuk bersama 1 cawan air. didihkan dan tutup api.

(boleh juga diganti dengan santan pada mereka yang tidak gemarkan susu)

kemudian, bila sagu sejuk, boleh dihidangkan bersama sirap gula merah dan susu tersebut.

sangat sedappppp.. cubalaa

ayam masak padang


resepi nie aku tengok dlam kak liza nyer blog.. sedappp.. dah try.. cuba la..




Bahan
1 ekor ayam [buangkan kulit dan potong kecil]
5 helai daun limau purut [koyakkan]
2 batang serai [ketukkan]
2 cawan santan [1/2 biji kelapa]
10 biji ciliapi [biarkan sebiji-sebiji]
2 biji tomato [belah 4]
1 keping asam keping
3 s/b minyak
garam

Bahan mesin
10 biji cili api
10 tangkai cili kering
1 inci halia
1 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 biji buah keras

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin dan serai yg diketuk.
2. Bila dah naik minyak masukkan ayam dan biarkan sekejap.
3. Masukkan santan, daun limau purut, tomato. asam keping dan ciliapi.
4. Biarkan reneh dengan api perlahan sehingga mendideh & naik minyak dan pekat.
5. Hidangkan dgn nasi putih, nasi minyak, roti atau roti jala.

resepi lagi ; udang goreng gajus




hemm.. nie fav hubby aku nih. dia request masak udang goreng gajus nie. so aku pon as his wife..aku pon masak la. nie resepi sendiri tau. try la.may be u all suker. mudah dan ringkas..

bahan-bahan:

500gm udang sederhana besar
10 tangkai cili kering
3 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
seinci halia
sedikit gajus
sos tiram
sos cili
garam
gula
kiub ayam
3 tangkai cili padi
daun kari
sedikit rempah kari

cara-caranya;

udang dibasuh dan dibuang muncungnya.
cili kering, 2 biji bawang besar, halia dikisar halus.
panaskan minyak. tumiskan bawang putih dan bahan2 kisar juga cili padi yang diketuk.masukkan rempah kari.
kemudian, masukkan sos tiram dan sos cili. masukkan gajus.. kecilkan api..
masukkan udang..kacau dan ratakan. masukkan kiub ayam sedikit. garam dan gula secukupnya..
akhir sekali taburkan daun kari. kacau dan biarkan sehinga udang masak.
tutup api dan hidang..

resepi terbaru : ketam masam pedas



hemmm.. nie resepi aku try pada hari jumaat baru-baru nie..ok gak la

bahan-bahan:

4 ekorketam bunga
seinci halia
3 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
daun sup
10 tangkai cili kering
sos cili
sos tomato
kiub ayam

cara-cara:

basuh ketam sebersihnya. sejat.
cili kering, bawang besar, halia di kisar halus.
panaskan sedikit minyak dalam kuali. tumis bawang putih yang dihiris halus bersama bahan-bahan yang dikisar tadi. biarkan sampai naik bau. kemudian, masukkan sos cili dan sos tomato..
kemudian, masukkan ketam.perlahnkan api. gaul semuanya biar rasa.. perasakan dengan garam dan gula secukupnya. akhir sekali apabila ketam sudah masak, masukkan hirisan daun sup. padamkan api.
hidang..

berbuke diluar











hehe..last week ari pe ntah luper plak..hubby aku call ckp ada rezki datang. aku tanay ler pe dia.dia gelak rupa2 nya father in law aku ajak bebuke di hotel. hahah selamatttttt.. tak payah kelam kabot cam selalu masak. so aku as usual bergerak la jejari nie mendail hotel putra brasmana kat kuala perlis tue..so booking la atas nama aku..even yang sebno nye bayau bapak aku.muahahhaa..

then petang sharp kui 5 aku pon terus memecut pulang ke rumah..legaaa.tak payah masak beb! abak2? hubby aku dah amik siang2 kat umah mak aku.. then hubby ckp " ajak bro adam skali.." aku said" ok". sesampainyer kamik kat situk..tengok takder orang lagi..(ader la tak x ramai g ).so segan megan nak masok rayau2 lu kat luar.. kui 7 petang..masuk ler.aku tinjau2 lauk nyer..hem ok gak..dengan price rm22 seoarng kira berbaloi la..

semua aku amik..hahhaha..opie yang kene habiskan semau. anak buah aku jeling jer. sorry opie..tp u memang bagus la..makan jerrr irfan dan qaisara asik berjalan2 jer..hem yang best nyer.bro adam (abang ipar gue)yang asik bz melayan karenah irfan.aku dan hubby? makan senang lenang.hehhe

Tuesday, August 17, 2010

mood rayer da mula !!!!

hye..rasenyer da berminggu tak hupdate blog nie.hehhe.malas plak posa2 nih.. puasa baru ja 8 hari.lum lagi seminggu tapi aku dah mula rasa bahang raya nih. mood aray da datang ni.camne nak buek ni.hehehe.. dlm mind aku da set nak beli hitu nak beli hini..takut kang last2 tak terbeli.hahaha

k..yang aku plan nak beli la.(ni plan sorang2 jer hubby lum tau nie)ihiks! nak beli almari hiasan .alah almari sudut..nak letak kat ruang tamu tuh. lagik aku plan nak beli pokok2 bunga.umah aku xde pon bunge2..rumpur lalang ader ar. hemmm

kuih rayer dah tempah.(heheh malas tol kan) kek? hemm....lum pikir lagik. nak buat sendirik ker? rajin ke awak tue pn shida? hehhe..tengok ar..

baju raya? untuk diriku? suamiku? anak2? lum lagi.selalunya shopping last minute baru terasa kehangatan nak raya. tapi sian irfan..asal lalu ja kat jalan2 yang ada bazar tue.."irfan x beli lagi baju raya" sambil buat muak sedih..heheh pandai tol nak lembik kan ati abahnyer. tapi x beli lagi pon. net week la agaknyer ek, bie?

lagi? curtain biarkan jer yang lama.tahun lepas baru tuh..sofa semua da ok ready jer..tapi aku xde cuti raya tahun nie.

coz aku kasi ruang dan peluang pada mereka2 yang nak pulang beray jauh dirantauan tuh. so aku pon xpe la.sign ganti jer la.alah.3 ari da dpt cuti. raya keemapt dtg opis. ptg da umah da. lagi pon aku kg sini jugak maa..

ketupat? heheh..as usual la my lovely mother akan tolong masakkan. rendang malam tue la aku dan hubby bertungkus lumus siapkan aper yang patot. menu special? lum pikir..tunggu esok raya ari ni baru pk (boleh ke?) blasah jer la..

seronok kan kawan2 kita nak raya... horey!!!!

Tuesday, August 10, 2010

SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU PRT 1

resah hati seorang ibu..

hati ibu mana x resah x susah bila anak yang dilahirkan asyik memberontak. nak kan sesuatu pasti mengamuk mahu di layan. paling pening dan tertekan apabila semua orang sering melayan dan menunaikan apa saja keinginan dan kehendak si anak. bila dilarang jawapan yang diber.."biarlah..budak2..x tau apa.." "biarlah..nanti dia menangis lagi.."

hati si ibu sebak. kenapalah perlu begini wahai anak? bukan ibu x mahu beli..x mahu tunaikan segala permintaan si anak..tapi hal-hal yang akan menajdikan si anak alpa dan leka biarlah ibu bertegas..asal anak ibu tahu menghargai barang..dan harta.. asal anak-anak tahu disiplin diri mana elok mana tak..

hati ibu sedih si anak tidak tahu. anak ibu masih kecil. belum lagi 5 tahun.tapi ibu mahu anak ibu menjadi disiplin seperti anak orang lain yang seusia denganmu. tahu nilai wang ringgit..tahu masa makan masa untuk tidur.. tapi hati si ibu tak siapa peduli.. semua orang menangkan si anak sekarang ini.

wahai anak.. kerana ibu sayangkan kamu..kerana itu ibu marahkan kamu..ibu mahu didik kamu agar kamu jadi insan berguna. ibu larang kamu kerana ibu kasihkan kamu..ibu mahu kamu jadi manusia sempurna.

wahai anak..fahamilah hati ibu.. tika ini ibu mengerti kenapa selama ini atuk kamu dulu sering melarang dan memarahi ibu kerana dia sayangkan ibu.. saat ini aku memahami erti peritnya hati seorang ibu dalam mendidik anak..

wahai anak.. moga kamu mengerti..

Wednesday, August 4, 2010

rasa macam nak masak mee jawa ari nie..

hemmm..tadik tgk dlm kak liza nyer blog. resepi mee jawa. lama giler tak makan nih. terliur plak (seb bek x pose) hehehe..
last dulu makan maser nagndungkan irfan kot..ker qaisara. dah lama x masak mee jawa nih. asik balik mkn umah mak aku jer.hehehe..biaser ler air tangan mak sendrik memang bestkan..
so kawan2..jom try ..

Bahan-Bahan:
mee kuning (dicelur)
1/2 kg. daging [rebus lembut dan hiris nipis]
300 gm tauge (buangkan kakinya)
2 tangkai daun bawang (dihiris)
5 biji cili merah (dihiris)
3 keping tauhu goreng (dihiris nipis)
3 biji telur rebus (dibelah)
3 biji limau nipis (dibelah)
Sedikit bawang goreng
(kalau ghajin goreng sendiri bawang merah tue..lagik sedap dari beli)

untuk Kuah plak:
1/2 kg keledek (direbus & dikisar)
**3 ulas bawang putih
*5 ulas bawang merah
*3 batang serai ** mesin halus
*Sedikit halia
100 gm udang kering
2 s/b cili kisar
3 s/b serbuk kari daging
air rebusan daging
Sedikit garam
Sedikit minyak masak
Sedikit gula
(nak lazat lagi masuk udang ketam sotong) pergh..

Caranya:

1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan yang dimesin, rempah & cili kisar hingga garing.(kalau ada udang sotong ketam boleh masukkan.)
2. Masukkan keledek. Tambahkan air rebusan daging mengikut kepekatan yang diinginkan.
3. Akhir sekali, masukkan garam & gula. Biarkan hingga kuah mendidih.
4. Angkat dan hidangkan dgn bahan yg dihiris.


try la. enak rasa nya nih..

Sunday, August 1, 2010

lelaki ini



lelaki ini yang selalu ku cinta.hehehhe.ntah naper dengan aku ari ni. tapi ini adalah luahan ati aku. aku rindu.rindu sentiasa pada lelaki ini. lelaki ini satu-satunya yang ada dalam hati ni. kadang2 aku terpikir mampukah aku idup tanpa lelaki ini. memang ajal maut ditangan tuhan.tapi sejauh mana kekuatan yang aku ada jika tuhan tiba2 mengambilnya dari aku.. bersediakah aku?

bie..
honey tahu kadang2 honey seperti mengabaikan tanggungjawab pada bie.tapi itu tak bererti honey lupa atau ada lelaki lain dalam hidup ni. pada honey..hanya bie satu2nya.. honey sendiri tak mahu jika ada gadis atau perempuan lain dalam hidup bie selaian honey.
kerana honey terlalu sayangkan bie..

bie..
walaupun sering honey ditinggalkan. percayalah..honey tetap setia pada bie..

bie..
moga kau tahu..
hanya abdul rahman ahmad satu2nya lelaki dalam hati ini..sampai mati..

terima kasih cinta..

Tersadar didalam sepiku
Setelah jauh melangkah
Cahaya kasihmu menuntunku
Kembali dalam dekap tanganmu

Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semuaaa kesalahanku yang pernah menyakitimu

Tanpamu tiada berarti
Tak mampu lagi berdiri
Cahaya kasihmu menuntunku
Kembali dalam dekapan tanganmu

Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semuaaa kesalahanku yang pernah menyakitimu

ouuwwww...
ouuwwww...

Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semuaaa kesalahanku oouuwww
Kesalahanku yang pernah menyakitimu

Sunday, July 25, 2010

xde mood

ari ni sungguh malas sangat.rasa macam aper pon aku malas nak buat. pagi2 lagi sampai aku dah disogok dengan keje arahan ntah pa per. naper yerk dengan orang2 atasan nih? diorng ngat bila ada kuasa leh kasik jer order cam giiler ****..ishhhhh..benciiiiiiii.aku dah penat bersabar,.aku dah puas bersabar.aku dah letyih beralah..

tapi makin menjadi2 plak..ishhhh.lecehnyer..nak kater sebab dia pompuan?aku pon pompuan gak tp x la fussy sapai tahap dewa2 tuh.nih bende yg kecik./yg x perlu dia pk.yg bukan keje dia..dia nak amik tau.pehal? nyampah..

satu hari tuhan akan memberi segala tekanan ini kepadanya.bukan berdoa.jahat niat. tapi inilah satu perkara yang aku harap dia dapat belajar..aku sangat penat..semuaaaaaaaaaaaaa x betul.dia sorg ja yg betui kot..buat la sendirik.tak pon suh org yg dia puja2 dewa2kan tuh buat untuk dia if kami semua kat unit nih x bagus.

pelik tul sikap tue. kecewa pon ada gak.sedang kami selama nih bertungkus lumus tup2 dia kata keje x bagus. unit lain plak di pujinyer walhal yang dikutuk maki marah ni la yang buat keje backing dia slama nih.

biarlah..allah maha mengetahui..

Wednesday, July 21, 2010

Sup ikan bilis kulit tembikai

nie resepi aku copy dari melati@myresipi.com

macam best jerk.coz bapak mertua ku slalu beli buah tembiaki muda untuk aku masak.leh try.memang sedap..


Bahan-bahan ( 2 orang )

* kulit tembikai
* bawang merah
* bawang putih
* lada hitam
* sedikit ikan bilis
* garam
* gula
* serbuk perisa jika suka
* sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara

1. Buang kulit yang warna hijau dan potong kecik-kecik
2. tumbuk bawang merah, bawang putih serta lada hitam.
3. Tumis bahan tumbuk sehingga naik wangi. Masukkan air dan ikan bilis.
4. Bila dah mendidih, masukkan kulit tembikai, garam, gula dan perisa.

Bila kulit tembikai dah lembut bolehlah padamkan api.

ResePi Sup Tulang Ala Thai



bahan2Nya:

1kg tulang lembu - cuci bersih2..
lengkuas (kalau takde halia pon boleh)- diketuk atau dipotong2.
2 biji bawang besar- dipotong dan dipecah2kan
6 ulas bawang putih
cili padi (ditumbuk sekali)
2 serai- diketuk
limau nipis
garam..
gula..

cara-caranya..

rebus tulang lembu tali bersama dengan lengkuas. masukkan serai yang telah diketuk dan bwang besar yang dipecah2kan. gunakan api perlahan untuk dapatkan daging yang empuk. biarkan seketika. then..bila tengok air rebusan makin kurang, tambah lagi air..kemudain masukkan bawang putih dan cili padi yang telah ditumbuk. cili padi ikut suka jumlahnya.(coz kalau saya tetapkan jumlah takot ada yang x suka pedas plak..hehhe)..biarkan sekejap..
pastu agak2 mendidih renehan tadi, masukkan garam dan gula cukup rasa.. tengok dagingnya liat lagi atau tak..kalau masih liat, tambah lagi air..

akhir sekali perah limau nipis..kacau dan rasa..

hermmmm..sedap nih..

selamat mencuba ya..

Tuesday, July 20, 2010

nak decorate umah tp xde idea..






ader x sesiapa nak share tak how nak kasik cantek umah nih..alah.bukan nak kasik cantek cam ner at least ader gak la bunga2 ker aper2 hiasan..
coz aku dah blank nih

hehhe..rumah lama ni..direnovatekan sebahagian darinya. nantila ada duit lagik renovate lagi sebahagian..
so..inilah my sweet home..setiap hari..disinilah aku..rumah perlu kemas selalu dan bersih serta nampak cantik untuk hati yang tenang dan rehatkan minda setelah penat bekerja..ops!!!satu lagi..x semlly..xmo!! nanti hilang mood penat..tambah jadik marah plak..

aku terpaksa buat wet kitchen dgn dry kitchen.hehhe at least bila kelam kabut sangat wet kitchen aku tersembunyi.so..orang x la nampak sangat keserabutannya.

dry kitchen aku booking di nine and nine kitchen. TQ mr chu! ramai puji..cantek...hehhe..duit pon ok gak la.tp dlm rm10k jer..semua plus hood and dapur..alah rubine jer..kalau lain may be mahal kot.

ramadhan makin dekat



herm..x sampai sebulan lagik ramadhan akan tiba. lepas tu rayer.ceh! rayer ajer yang di pk ek..heehehe.pose gantik pon x bis g. tp lantak la.persiapan dah kene start from now. coz nanti dlm bulan ramadhan mesti penat.pe lagik ibu2 keje cam kiter ni.pada ibu2 yang bekerjaya mcm aku mesti penat gila kan kalau semua nak kene buat dlm bulan poser.so start dr sekarang la.

td aku g g tesco.hehhe (tiap hari aku g sebenarnya) time lunch hour jer aku dgn kak sue..offiicemate aku kuar g.ari ni aku beli bunga nak letak kat ruang tamu.coz sangat kosong ar kat situ..cam takde pa per yg menarik..

lokasi

hemm..semalam berbuka di marry brown changlun..ari ni x dpt nak pikir nih mana lokasinya ya..semalam aku g dgn anak2ku dan adikku. suamiku as usual out station la.penat jugak sebenarnya layan mereka tanpa abah mereka tp what todo..cari rezeki yang halal.so aku relakan.
mlm td irfan makan ayam goreng 2 ketul abis licin.heheh qaisara makan tengok2 orang kiri kanan atas bawah.hahaha..lawak la adik nih. yg best lagi nyer qaisara nih siap toleh belakang tengok budak umur baya dia nangis. budak tuh jatuh kerusi ker meja aku x sure la.sian dia.yg mummy dia pon satu hal.g letak budak tu atas meja pesal.letak la dlm baby seat cam aku nih..hehehhe cewah puji sendiri plak. tp tul..budak2 bukan reti duk diam.so mak bapak sedap bercinta mkn sepinggan..tup2 dgr anak jatuh tergolek.tu pon makcik sebelah tu yg kelam kabut tgk..ntah pa per ntah

ari ni gerenti irfan ajak g situ lagik.mati ar cam ni.xkan ank mkn nugget lagik kat situ..adussss!!!!!jem ni...

Monday, July 19, 2010

cacamerba


wello there...
hem..dah berbulan rasernyer aku tak update entry nih.sory..x sempat coz keje makin bz giler. then tuntuan di umah jugak buat aku takde maser lapang.

today i'm fasting again. gantik ar..ader lagik 9 hari Insyaalah..aper yerk nak diceritakan...about my kids..mcm biasa diorg makin membesar..dan semakin lasak membuatkan aku jadik penat amat..
penat giler.

irfan dah 3 tahun. qaisara going to one year old bulan depan. aku makin tua plak rasanya. going to 30 tahun depan.huwarghhhhh!!!!!..xmo! xmo! naper yerk cam x besh jer. tua plak raser jadik 30 tahun nih..

hem..lain2..xder pa per kot...tgh memikir how to decorate my sweet home become nice and cantek.aku bukan la cerewt nak mcm banglo tp a t least cantek di mata udah ler. coz bila kita balik umah penat2, kita akan rasa tenang jer sapai umah tgk umah bersih dan kemas.so segala tekanan di pejabat akan hilang.

dan sesiapa pun akan rasa tenang dan nyaman saja..
ok c u again next time..

irfan di marry brown..ceria gila..

Tuesday, March 2, 2010

masak apa yer mlm nie?

hemm.. dah 3 hari nih aku puasa.heheh bukan la ghajin sesangat aku nih..tp sekadar menunaikan kewajipan pada Yang Esa..tahun lepas aku kan bersalin dlm bulan ramadhan..soo 30 hari sial aku tak puaser..hahha now padan muker aku..pelan2 la ganti..hehe

hem..pg2 buta lagih masa tgh drive nak mai keje aku da start pk..pe nak masak mlm nih..yesterday aku ader search resepi2 kat internet.ahaks! mcm rajin sgt aku nih..rajin tuh idak ler tp bila da jadi isteri org nih..kene le masak.pa lagik irfan suka mkn.. so..masak je la. aku maska jer aper yg aku nak..
menu mlm nie aper yerk..

ikan kembung bakar?
ayam masak lemon?
sup tulang ala siam?
puding karamel? kek coklat? air asam? huk aloh... semua best nih.. adoiiiiii



okeh la kwn2.... nati kiter update lagik..tgh pk jap