Tuesday, January 13, 2015

Cabaran seorang ibu...

menjadi seorang ibu bukan senang.. bukan mudah.. dari mula kita tahu kita hamil.. kita mula menjaga segala pemakanan dan mula hadkan aktiviti yang kita rasa akan mengundang bahaya dan membawa risiko buat anak. bila usia kandungan makin sarat kita siapkan segala persiapan dengan bantuan suami.. kita tetap tabah dan berusaha melangkah jalan..duduk dan bangun.. tidur dalam keadaan yang tidak selesa..namun seorang ibu tetap tabah harungi semua kepayahan itu..demi lahirnya seorang anak..

sakitnya rasa bersalin itu sama ada melalui sezer atau pun bersalin normal tetap seorang ibu harungi jua. Namun semua kesakitan itu hilang dengan melihat bayi comel yang dikandung 9 bulan itu depan mata.. kita sanggup bersekang mata siang malam demi memastikan anak itu sihat sempurna dengan izinNya..

Apabila sudah besar anak itu, kita mula memikirkan pendidikan yang terbaik untuk diberikan. Kita mula sibuk mencari..tanya dlam group..FB..Whatssap..google..dan macam2 lagi yang sanggup kita lakukan.. bab kesah hal vitamin susu supplement semua xyah cakap la..semuanya sanggup kita beli sampai kadang-kdang tak termakan dek anak..hahha..

Kita sanggup buat apa saja kan demi melihat anak-anak kesayangan kita berjaya jadi manusia yang sempurna akhlaknya..peribadi..dan juga pelajaran.. demi anak-anak yang kita sayang.. walau mahal mana pon fee yang kena bayar tapi asalkan ianya bagus..kita sanggup kan..

anak-anak zaman skrg mana dengan tabnya mana dengan computer..laptop..semuanya..dugaan jugak bagi kita untuk menghadkan penggunaan agar ianya tak salah guna..bukan mudah menghandle diorang. lain anak lain ragamnya..lain anak lain cara pendekatan..kadang-kadang hilang sabar..haha dugaan sungguh nak besarkan depa...inilah yang mak aku selalu cakap.."baru angpa tau susahnya mak nak besaqkan angpa dulu.." hahha..

tima kasih mak..sebab mak kami adik beradik ada kat tempat kami la ni..kalau mak tak garang..hahha xtau kami mcm mana..dengan tegas dan garang mak..kami berjaya la ni..

untuk anak-anak abah ibu..moga anak2 terus jadi manusia yang berguna..mukmin yang sejati.. moga pelajaran yang di beri jadi bekalan dunia dan akhirat..