Sunday, August 7, 2011

ResePi Sup Sayur


 salam. ni resepi aku nye sendiri untuk ari jumaat ri tu. sup campak2 jer coz anak dara aku sgt suker kan sup. so, aku buatkanlah. x sedap jgn marah ehh..

bahan2

2 ketul ayam - i cincang
beberapa hirisan daging
10 ekor udang
karot - diptong nipis ikut suka cara mcm mana
kubis
bunga kobis
sayur lobak@sawi@kailan (ikut suka ja. mana2 pon boleh)
cendawan putih bleh @ yang itam tu pon ok
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
hali sdikit
5 biji cili padi - diketuk2
5 batang daun sup
bahan2 perencah sup (bunga cengkih, bunga lawang n kulit kayu manis)
kiub ayam
garam + Gula + serbuk lada putih (kalau suka)

Cara2Nya:

1. tumiskan bawang putih, bawang besar, halia, cili padi dan bahan2 perencah sup. biar sapai wangi.
2. masukkan ayam, daging dan udang. kacau. masukkan air 3 cawan.kacau dan biarkan.
3. bila ayam dan daging masak, masukkan karot, sayur lobak,kobis,kobis bunga dan cendawan. kacau2.
 biarkan seketika.
4. masukkan garam dan gula,lada putih dan kiub ayam.n perasakan. kacau dan biarkan ianya didih. 
5. masukkan daun sup. then padamkan api. siap untuk dihidang..


heheh..(sesuai untuk kanak2 yang sedang membesar n kita yang nak diet ni..)


Wednesday, August 3, 2011

ResePi Air Asam ala MaK Aku


Bahan2Nya:

2 biji bawang besar
5 biji cabai besar
4 biji cili padi
2 biji tomato
sedikit belacan
2 biji limau nipis
garam gula secukup rasa

Cara2Nya:

1. 3 biji cabai besar, 1biji bawang besar, 2 biji cili padi (boleh lebih kalau suka pedas), belacan, 1/2 biji tomato diblenderkan kasar.

2. buah tomato, cili padi, cabai besar dan bawang besar yang lebih tu di hiris halus2.

3. masukkan bahan blender dlm mangkuk. masukkan bahan2 yang dihiris juga dlm mangkuk yang sama. garam gula diperasakan. perahkan limau nipis. 

4. gaulkan sehingga semuanya sebati. siap untuk dihidangkan.
** (bagi yang nak masukkan isi ikan rebus dalam air asam ni boleh juga)..

SELAMAT MENCUBA!!
 resepi ni diwarisi dr mak tercinta. sory, kalau x menepati selera korang!

ResePi DagiNg KiCaP Daun SelaSiH


Bahan2Nya:

1/2 kilo daging
3 inci halia
3 biji bawang besar
sos tiram
sos tomato
10 tangkai cili kering
kicap manis
gula
air asam jawa sedikit
daun selasih

Cara2nYa;


1. basuh daging bersih2. biarkan.
2. 2 biji bawang besar dan cili kering (yang telah direndam dgn air panas) diblender halus.
3. halia dan 1 biji bawang besar di potong/ mayang halus.
4. panaskan kuali. masukkan sedikit minyak. 
5. tumiskan halia dan bawang besar yang dipotong hingga naik bau aroma wanginya.
6. bahan2 yang diblender td. kacau hingga pecah minyak.
7. masukkan sos tiram, sos tomato dan kicap. kacau. then masukkan daging. kacau. 
8. masukkan air asam jawa sedikit,kacau dan perlahankan api. biarkan.
9. masukkan gula dan kuib ayam (kalau suka, xletak pun xpa).
10. bila daging dah hampir masak dan pecah minyak, masukkan daun selasih (boleh tambah daun sup sdikit kalau suka). kacau. then angkat siap untuk dihidang.

 **garam dan gula x dimasukkan sebab sos tiram dah masin dan kicap manis dah manis. tp kalau kurang masin or manis, boleh tambah sebelum padamkan api...











































Al Kesah buLan PuASa

Puasa tahun ni Putrajaya la kami satu family..hari ketiga semalam yer kita berpusa. kejap jer kan? kan? hem. so, punya la pening pk menu pa nak masak tuk berbuka nih. tipa2 ari mesti jem kepala nih. tgh ari semlm decided with my hubby kitaorg masak nasi briyani jer la. kambing ngatkan nak suruh dia beli jer lauk dah siap masak. tup2 dia ckp "kita masak la yer.." hem ok la. pastu aku pon mula la plan apa yg nak masak nih makan dgn nasi briyani. 
tepat jer 5pm, aku trus punch card then memecut ke putrajaya dr shah alam. jem plak dr federal hway nak ke sana. adui..mana dok tgk2 jam jer nih. masuk je hway pa lagi trus menjerit la anak kancil aku tu menuju putrajaya. baru jejak USJ dpt sms en hubby g tau anak2 dia dah amik. then dia soh g amik adik aku. aku reply aku baru sapai USJ, so mintak di g amik memandangkan dia dekat Putrajaya dah.. bila dia kata ok ja. aku lega. sapai putrajaya jam 5.45 ok la. sapai ja P8, blok aku trus parking sambil berlari ke umah. takut x sempat nak masak. sapai jer umah, dah bau rempah briyani. buka pintu jer en hubby dah tercegat ckp.. "nasi dah siap masak.kambing pun dah.." hhuuhu penat giler memecut. tp apa pun tq la to en hubby sbb permudahkan keja aku. so, tugas aku just masak Ayam Masak merah, acar timun n daging kicap daun selasih..so.. inilah resepi2nya. yg x sedap sgt pon. campak2 jer. huhu 



ResePi Ayam MasAK mErAh

ayam (1/2 ekor @ sebelah)
garam 
kunyit
3 inci halia
3 biji bawang besar
10 tangkai cili kering
5 biji cabai besar
2 batang serai - diketuk
sos tomato
sos cili
kiub ayam

cara2nya:



1. ayam di basuh dgn tepung gandum @ limau nipis untuk hilangkan hanyir.
2. lumurkan ayam dengan garam kunyit, biar 5 minit, then goreng sapai masak- angkat dan toskan minyak.
3. halia, 2 biji bawang besar,cili kering dan cabar besar di blender halus.
4. ambil sdikit halia dan 1 biji bawang besar potong nipis2.
5. panaskan kuali. amik minyak goreng ayam td sedikit, tumiskan sedikit halia dan bawang besar yg di ptong td hingga naik bau wangi, masukkan bahan2 yang di blenderkan. kacau hingga mendidih dan pecah minyak.
6. masukkan sedikit sos tomato, sos cili, garam dan gula seckup rasa 1 ketul kiub ayam-kacau. 
7. masukkan serai yang di ketuk.
8. masukkan ayam yang telah digoreng td. kacau dan ratakan kuah dgn ayam. biarkan 5 minit.
padamkan api. sedia untuk dihidang. mudah kan?