Monday, January 12, 2015

Sayang anak-anak ibu..

Tahun 2015... yeah.. banyak yang ditinggalkan pada 2014.. banyak yang aku belajar pada tahun 2014.. suka duka semuanya.. alhamdulillah 2015 masih lagi Allah izinkan aku bernafas.. moga Allah terus memberikan aku kesihatan dna ruang yang baik untuk aku besarkan anak2 aku..mendidik mereka jadi manusia yang berguna pada agama bangsa dan tanah air..

Allahu.. hanya DIA yang tahu apa yang terbaik buat kami semua.. apa yang dirancangkan tak sebaik perancangan Nya.. DIA Maha Mengetahui apa yang tidak kita ketahui.. aku sayang anak-anak aku. aku mahu berikan yang terbaik buat mereka. mereka dunia ku. mereka semuanya nyawaku. andai aku tiada lagi..aku tak pasti bagaimana mereka akan hadapi.. aku sayang sangat2 dengan mereka..

Allah.. berilah aku kesempatan untuk mendidik jiwa-jiwa ini..jiwa-jiwa yang sedang membesar..yang sedang memerlukan dan masih memerlukan kasih sayang dan perhatianku.. masih banyak perancangan yang perlu aku rencanakan.. demi membesarkan benih-benih cinta suci ini..

Wahai Allah.. aku sayang dengan mereka.. lorongkan aku lorong yang lurus dan benar dalam mendidik mereka menjadi mukmin sejati..yang sentiasa menjaga dan meletakkan Islam di tangga teratas dalam hidup mereka..

duhai jiwa-jiwa ibu..moga anak-anak ibu sentiasa dilindungi Allah..Allah jaga kamu semua..Muhammad Irfan Tasnim..Adelia Qaisara Tasnim.. Muhammad Darwisy Tasnim.. ibu sayang.. Allah jua sayang.. jadi anak-anak yang baik dan terbaik hendakNya..

dah nak masuk 8 tahun usia abang..dah pandai bantu ibu jaga adik2.. qaisara juga,, darwisy anak yang baik..manja ibu..

ibu sayang semuanya..