Tuesday, January 7, 2014

trip to makkah pt 2

hem.. aku dah janjikan nak story pengalaman bawak anak2 kecilku ke mekah.. ok..jom aku crita..

sebelum aku p..aku dgn suami dengaq mcm2 crita tentang susahnya bawak anak2 ke sana. tapi aku dengan suami tekad. memanglah pada mulanya ada timbul rasa gundah gulana..hehe.. tapi  Allah bukakan kebuntuan dan keresahan tu.. nak dijadikan cerita.. bulan 3 jiran sebelah umah kat cni balik umrah dengan isterinya.. cik mail dgn kak jah.. kami pon ziarah la depa..mcm2 la kami tanya..

memang kami penah p..tapi 5 tahun dulu. sekejap ja kan masa akan merubah segalanya..alhamdulillah..cik mail dgn kak jah ckp... bawak la anak2..x susah..insyaAllah Allah mudahkan segala urusan disana..kata mereka laa.. (skema ayat..) then lpas dengar crita2 mereka..maka hati kami lapang.. 

then dalam bulan 4 ke 5 cam tu kami dengan anak2 p buat suntikan vaksin.. nak ke makkah.. aku suami irfan dan qaisara skali inject.. yang bestnya.. irfan takot2.. sapai nangis..tapi qaisara rileks ja..siap gelak lagi..hehe.. darwisy? dia xleh buat suntikan tu.. sebab age dia lum agi cukup 2 tahun.. so aku bawak dia ke klinik Annur,,pakar kanak-kanak di Bangi.. kat situ aku berbincang dengan Dr. Siti Arbayah kot namanya.. so dia cadangkan aku amik vaksin influenza utk darwisy.. so aku decide dgn hubby..kami Ön"ja dgn vaksin tu.. then kami diskus plak tentang ubat-ubat yang perlu di amik.. makanya.. kami amik la ubat-ubat yang kami rasa perlu kami bawak..

paracetamol (ubat demam) untuk anak-anak 
ventolin (ubat untuk athma..sebab irfan ada athma minor)
rhithenol (untuk batuk..selesema..paru-paru jugak la)
_________________________________

yang kami beli sendiri mcm vicks..pil cikiteon.. minyak gamat..minyak pnas.. krim gatal2..krim merah..krim kaki.. panadol biasa..panadol urat..mcm2 la.. da mcm farmasi aku rasa beg tu..tapi xpe.. sebab berguna.. kat sana mahal..so beli siap2 kat sini..

________________________________________

so..pada hari yang ditetapkan setelah menempuh pelbagai dugaan.. sian mak abah aku..ke hulu ke hilir sebelum tu memikirkan jadi ke x trip umrah kami.. jadinya..kami bergerak ke sana pada hari sabtu.. 1hb Jun 2013.. sepatutunya jadual penerbangan kami adalah pada 23hb Mei 2013 yang sebenarnya..tangguh ke 25hb..tangguh dan tangguh..akhirnya kami dijemput jugak walau lewat 10 hari..alhamdulillah.. gembira dan syukur yang teramat kami rasa setelah dapat berita gembira ni.. 

dan hajat mak aku nak dikmi..adik aku yang ketiga bacakan doa untuk kami gerak dari rumah aku termakbul jugak.. flight asal kami dijanjikan agen adalah saudi airlines tapi disebabkan masalah2 yang ada..maka kami naik emirates.. alhamdulillah sangat selesa buat kami.. sebabnya.. ada tv..video dan games di seat msg2. apa lagi..kanak2 semuanya gumbira laa..
_____________________________________

kami berkumpul di klia selepas zohor. sebab abang-abang ipar dan lain-lain ahli saudara depa bergerak dr penang ke klia. kami tunggu di klia ja la. mak abah aku sapai awai sebab kebetulan konvo adik2 aku. flight klia dubai jam 7.30 mlm.. dari dubai kami ke jeddah.. alhamdulillah syukur dengan nikmatMu Ya Allah.. then aku dengan hubby da sepakat..kami sediakan makanan tengahari tu. siap2 bawak ke airport. dengan kereta adik aku. kami semua naik erl ja ke klia. senang kan..