Tuesday, March 5, 2013

RINDUNYA HATI NIE

Ya Allah.. rindunya aku dengan situasi itu.. suasana itu..huhuhu tiba2 wujud rasa sayu. teringat suasana damai dan tenang di sana. walau ianya serba kekurangan dan jauh dari arus pemodenan tetapi rasa tenang dan damai wujud. tiada rasa curiga atau cemburu sakit hati dengki ada di situ..

kenapa? sesekali rasa rindu pada tempat itu hadir..kenapa mesti di situ.. apa yang ada di situ? di rumah usang itu? ntah la. tapi hati nie waktu ni digamit sayu. sayu rasanya.. bergenang air mata dikelopak nie. siapakah yang memanggilku di situ? Allah.. kenangan di umah itu wujud. wajah ceria gelak ketawa mereka semua buat aku bahagia.. rindunya aku..

Allah..kuatkanlah aku..insyaAllah..satu hari aku akan kembali ke rumah itu. ke tempat itu. satu hari nanti..tapi bukan sekarang masanya. rindu mana pon aku harus cekal dan tabah. dalam mencari rezeki yang halal.. untuk di beri pada mulut2 comel anak2 aku.. membantu suamiku mencari rezeki.

 Wahai Allah.. aku redha dengan setiap perjalanan yang Kau berikan kepadaku..aku tabah menjalani setiap titian yang kau hadirkan. apa saja demi keluarga aku lakukan. biarpun rezeki tidak sebesar mana namun dengan redha dan barakahMu maka ianya kelihatan sentiasa cukup buat kamu.

Wahai Allah.. aku rindu..rindu pada suasana damai bahagia itu..rindu pada alunan tiupan angin di pokok2 hijau.. hilai tawa gurau senda. 

Wahai Allah Yang Satu.. berikanlah rezeki yang melimpah ruah buat suamiku anak2 ku..ibubapaku..adikberadikku.. apa sahaja yang terbaik untuk mereka..Kau permudahkanlah segala urusan mereka..mereka ini adalah kekuatan hidupku..

huhu adoii.tiba2 air mata bergenang hanya sebab rindukan... tempat itu...








rindu pada suasana ketika dulu.. masa yang tak kan boleh ulang lagi..:(