Sunday, January 6, 2013

Membebel untuk mereka...

Salam Tahun baru 2013.. hehe alhamdulillah masih lagi bernafas di bumi Allah pada tahun ini. moga tahun ini membawa rahmat dan barakah buat aku suami dan famili..
en3 kali ni x de pa pe yang istimewa. setakat omongan-omongan kosong.hehhe. sebenarnya aku tengah berperaang niihh.. bukan peraang badar ke perang teluk ke.. perang pinggan mangkuk? xde maknenye hahah.. ni arrr..tengah perang perasaan dengan diri sendir. SAKIT HATI.. TAPI SABAAARRR..

haihh..tu lah kan.manusia nie memang begitu sifatnya. bila diadakan pembaharuan pasti ada yang tidak dapat terima. biasalah orang lama. namun mereka harus ingat. tiada yang kekal dibumi Allah ini. harus dan wajib muhasabah diri. mengapa dan kenapa pembaharuan itu dilakukan.. kenapa ada yang kekal dan ada yang berubah? fikirlah dengan mata hati. dimana silap kita. dimana salah kita. bukan tunding kesilapan kepada orang lain. sifat ego harus dibuang. jadilah manusia yang bertanggungjawab dengan amanah yang diberikan. tugas dan kerja itu amanah. harus diikut dan dilakukan. bukan dicemuh dan maki sesuka hati.

sifat manusia yang selalu ego.rasa amarah itu menjadikan manusia itu bermulut busuk. bukan busuk mulut x gosok gigi yer.. tapi mulut busuk sebab hati busuk.. sakit hati mati nanti..arrr.. so, fahamilah kenapa sesuatu perkara itu terjadi.. ok..

bertanyalah dengan penuh hemah dan sopan. budaya dan adab susila kita sebagai orang melayu islam yang berilmu dan berakidah harus dipelihara. mungkin ada masanya kita betul tetapi tak semua masa kita betul. terima kesalahan dan teguran dengan hati yang terbuka.bersyukuralh mempunyai ketua yang tidak garang tetapi tegas dan teguh pendirian daripada garang tidak bertempat.

akhirun kalam.. terima lah seadanya pembaharuan yang membawa kepada kebaikan semua pihak bukan atas kepentingan individu..xoxo..