Monday, November 22, 2010

sunyi tanpa bapak...

datang dari kampung :amanshieyda

18hb nov 2010 jam 1.05pagi..bapak telah pergi tinggalkan kami. sedih.sampai saat ini aku dan abang masih sedih. ta[pi kata abang..kami kena redha dengan ketentuan takdir ini. selama 4 tahun usia perkahwinan aku, bapak tinggal dengan kami. even dia hanya bapak mertua aku, tapi dia sudah ku anggap seperti ayah kandungku sendiri. lagi pon pertalian kami tidak batalkan wudhuk.

sunyi...sangat sunyi rumah kami sekarang. nasib baik irfan dan qaisara ada. arwah pergi di saat semua orang bz buat korban.. aku sendiri x pasti apa yang aku rasa sekarang. yang aku tahu aku tak sangka secepat itu tuhan ambil dia dari kami. aku belum bersedia.

kadang2 aku masih terasa kewujudan dia dalam rumah. hampir lupa bahawa dia telah pergi. ya Allah..berilah kami kekuatan untuk teruskan keidupan tanpa bapak di sisi.
selama ini ke mana saja kami pergi dia kami bawak sekali. ada la skali skala kami tinggalkan dia. hati aku masih lagi sebak. saat ini air mata masih bertakung tapi aku kene kuat. demi satu kehidupan anak2 aku. suami aku.

bapak..semoga roh bapak dicucuri rahmat dan ditenpatkan dikalangan mereka yang beriman. mudah sungguh ALLAH mengambilmu sehingga kami tidak sedar bahawa Kau akan pergi..