Sunday, July 31, 2011

Riang Ria bersama Family Shamsuddin@abg IpaR

hehhe..penat giler layan karenah diorg. sapai sini jumaat.sooo penatt tp xper. ati hepi coz diorg hepi. pg2 sabtu diorg g breakfast umah fahmi. tq 2 fahmi coz sponsor minum pg. ekekeke..(padahal ibu dia@ kakchom yg masak).. hem then diorg ckp "pakcik..nak p naik cruise..pakcik sponsor kan?" heheh sengih ja hubby aku. ok jomm.. so bawak la diorg semua naik cruise. so seronok aku tgk kanak2. fahmi, wajihah, amani kak ngah akilah amsyar plus mak bapak diorg so excited dgn kapal itu. ye ke kapal? ntah. pa pe je la. heheh. qaisara jugak seronok coz dulu dia naik masa baby umur 9 bulan. mana tau bende. now dia leh ckp."tashek..ha tu..tashek.." hehe..ops lupa plak kat rayyan. jgn marah wawa. heheh..dpt la jugak hajat mereka nak naik cruise..
then..mkn tgh ari kat wetland. apa lg semuanya kan kaki memancing. so seronok cuma ari tu tu x dpt memancing coz byk lg agenda menunggu.. gerak ke sogo.. konon2 la diorg semua nak masuk sogo. cam hampeh jem sgt teruk. sian narita bret (kata hubby aku)..wawa n own nak balikdah coz rayqal tinggal. so we all and narita bret pusing balik ar..syed al budin ckp g nilai. so berpecah la. amet ina ct g klcc (tempat org kaya2 shopping maa..heheh) so kami gerak g nilai..
syed masuk higway lain, kami jln lain. hahha..last2 kami sapai dulu. klakar giler. sapai di Nilai 3..syed terus cari kedai aksesori kereta. so kami yg xde plan ni terjebak beli cermin hiasan. hahhah..kan dah beli jugak. last sapai putrajaya kul 11..semuanya dah keletihan. hubby @pakcik kesayangan diorang ckp sok pg breakfast umah pakcik..(ye ke breakfast? bukan minum pg ker? coz kul 11 dah diorg dtg.. yeye jer mak ct ckp makcik sok kui 8.30 pg kami p umah. hahha kol 7.30pg aku sms tanya nak mai kui bopa. dia reply kul 10 le nih. hahaha..comfirm tido...zzzzz
soo.. pukul 11 diorg dtg memeriahkan rumah aku. sib baik masa diorg dtg aku dah pindah kuaters. heheh kalau kat flet ijau lg rasanya x muat diorg nak duduk.. rezeki rejeki.. heheh so diorg pon membedal la alah setakat bihun goreng n cempedak goreng (diorang yg tlg bawak kan buah cempedak tu dr kg. hehe) pastu ada setan2 gondol menghasut. asalnya plan after minum pagi kat umah aku, diorang nak terus gerak balik. tp x jd coz ada tarikan Nilai 3 di sana. di sana! hahah. so skali zuppppppp ke NIlai 3! dekat je pun dgn Putrajaya dlm 30 hingga 40 minit ikut jalan belakaang.. heheh
soo di Nilai 3, hubby aku bawak diorg mengelurakan jutaan2 RM dulu then meletakkan mereka itu di Nilai 3. anak2 Narita bret2 ada dgn we all. so biar la diorg bershopping dgn sepuasnya.
pastu tgk2 aku gak tersangkut membeli pinggan mangkuk jag plak. adui camna leh terpengaruh ni. tp xper.. x kesah la coz en hubby ckp xper. beli jer. heheh so aku beli. TQ en hubby. muahhh !!!! hehhe kekonon diorang nak balik kul 5 gerak. aku dan hubby dah gelak. xde makna nyer.. pukul 6.30kuar dr Nilai 3 gerak ke Putrajaya. sapai lebih kurang 7.20 kat apartment aku. amet n ct jln dulu.so matkri@adik n syed follow after mandikan anak2. ye la letih ko..sian anak2. nati dtg lagi yer..kita g swimming pool n pd!! PD? ok gak tu ramai2 jln sgt menarik tu.. dekat ja.. huhu best! best!.. last we all anto diorg masuk higway guthrie then aku n en hubby balik PUtrajaya cari makanan utk makan malam plus sahur. huhu hemm ngantok sgt plus letih then zzzzzz... even letih tp both of us so happy coz skali skala dpt jupa diorang. so nice. meriah sgt.. sejak pindah cini dah lama x dgr suara2 jerit tu. volume wawa narita mak ct. hahha leh tahan.. miss u all.. tunggu raya nanti kami balik.. k yawn yawn.. ngantok.. ops..bfore lupa.. SALAM RAMADHAN...

Tuesday, July 12, 2011

Kasihnya ibu

pagi2 dlm kesesakan mahu ke opis, baru je kuar dr susur kuar tol batu 3 shah alam, aku dpt kol dari mak njang kata mak sakit. "kakak, mak kamu sakit. letih sgt mak njang tgk. satg mak njang nk bawak p kmc. ok na?" aku buntu. ok ja. bawak ja la ke private spital. bkn la nak berlagak tp kalau dah mcm tu jln critanya. aku kol adik aku..xpa la. soal duit kita share la kata adik aku.

skrg aku terdiam. pk. ntah kenapa aku rasa sayu sgt. duit boleh cari bila2 masa. tp mak cuma ada satu. xda ganti. aku sgt wisau. tgk adik aku mms kan gambar mak. ya allah.. sgt daif mak. sian mak. kalau lah aku ada kat sana. hubby sms tanya nk balik bg tau. tp dia suh aku balik dulu. dia attend meeting jumaat baru dia balik. xpa la. aslong as aku dpt balik jupa mak.

ari ni satu ari kat opis aku x jd keja. letih sgt.menangis sj keja aku. tb2 ada naziran dtg dr putrajaya. apa lg trus lap air mata n control senyum. layan tetamu dulu. dlm masa tu skali skala muncul wajah mak. mak..moga mak sihat ya.

masa ni baru tringat dosa2 dengan mak. baru mengaku bahawa mak itu penting. xda mak, kita pun xda. sayang mak xda gantinya. moga mak sehat.

shidi kol ckp tekanan darah naik 158 tingginya. mak xpenah ada darah tgi. gula naik 21. mana mak ada kencing manis. kenapa mak tiba2 jd mcm ni? mak.. mana2 mak dlm dunia ni pasti akan simpan apa yg terbuku dlm hatinya coz taknak susahkan siapa2 pa lg anak2nya. mak.. pasti ada sesuatu yg d pendamnya sampai dia tb2 jd mcm tu.. coz mak yg aku kenal sgt kuat semangatnya. sgt kental hatinya. mak akan ckp "mak bertahan demi anak2.."


mak ini wanita besi yg sentiasa tinggi semangatnya. tp mak yg ada hari ni bukan mcm tu lg.. aku tgk wajah tua mak makin lemah. aku sedih. sayu..mak.. moga mak sihat dan sentiasa tenang hati.. kami semua sayangkan mak..

Thursday, July 7, 2011

raya tahun lepas

famili abg sulung
   anak2 bapak.. dari kiri yahya.bapak.adam
   kiri jugak..rahman (hubby aku)..shamsuddin.
semua famili ada kecuali ina dan boy

wello..n3 kali ni just saja2 letak gambo ghaya thn lepas. tahun akhir raya dgn arwah bapak.tahun lepas jugak ramai2 amik gambo dgn bapak. ishhh..lum sempat buh frame lg gambo nih. bila ntah syed nak buat nih..
sgt gembira tahun lepas. x sangka plak ianya adalah last raya dgn bapak. tp dis famili memang best. ceria semuanya. hahaha.. semuanya mcm2 karenah.. nareta..wawa..ct semuanya melucukan. i'm hepi ada dlm ini famili.
ada yong boy uderk opie yang slalu gaduh2. heheh sgt cumel. even sometimes di keadaan sgt membingitkan telinga tp aku suka. bahagia.

now aku dan anak2 juga hubby jauh dr mereka. ceewah mcm jauh over sea..tp kira jauh ar kedah -putrajaya.dulu boring2 mlm2 leh je ajak diorang kuar mkn but now kena tgu balik kg lah. hehe istilah balik kg dah ada balik dalam life aku.. irfan pun dah pandai guna istilah balik kg.. waima qaisara also.."lik..pong.." hahaha..
i miss them a lot..

Tuesday, July 5, 2011

HatI SeoRaNg iBu

amanshieyda

i

naluri seorang ibu (aku x pastilah ibu2 lain).. setiap kali anak2 aku sakit, aku sangat susah hati.aku menangis malam irfan sakit. irfan tetap lasak, aktif even muka dah pucat. tapi aku ibu, yang pregnant kan dia, susukan dia jaga dia..so aku sgt takut if apa2 jadi kat dia.
dah la masa x sehat dia asik cakap pasal mati. hati ibu mana tak risau.
malam itu aku bersujud berhajat pada Allah mohon sehat kan anak aku. aku minta "ya Allah, andainya aku mampu mengubah sakitnya, aku mohon Kau pindahkanlah segala kesakitan dan keperitan anak aku pada aku. biar aku tanggung sakitnya, biar aku hadapi peritnya. andai nyawa jadi taruhan, Kau ambil lah aku wahai Allah..sesungguhnya anakku itu masih kecil. belum kenal erti sakit, belum kenal erti hidup. aku sujud padaMu wahai Tuhan.."

aku menangis..sebak.takut.. tapi alhamdulillah..irfan sihat x lama lepas itu, sebagai ibu..aku bersuyukur sangat. entah kenapa mungkin aku terlalu senstif tapi itulah aku. pada aku nyawa aku x penting asalkan mereka sentiasa selamat dan baik..

Monday, July 4, 2011

aPa puN Yang terJadI..BerjalaNlah TanPa henTi..

datang dari kampung :amanshieyda

kita rasa kita paling lemah sedangkan ada lagi lemah dari kita.
saat ini kita rasa kitalah yang paling susah paling miskin
hakikatnya adalagi mereka yang lagi miskin dari kita
waktu ini kita rasa kita yang paling sedih
sedangkan sebenarnya adalagi yang lebih sedih dari kita
saat ini kita rasa kita yang paling malang
namun sebenarnya ada lagi yang lebih malang dari kita
jika kita rasa sangat lemah hanya kerana Allah mengambil sesuatu dari kita,
janganlah kita leka dengan kesedihan itu..
sebenarnya Allah cuba menguji sejauh mana kekuatan hati-hati antara kita.
DIa tidak akan menguji sebarangan hambaNya. seharusnya kita harus bersyukur kerana kita antara orang-orang yang terpilih yang dikejutkan oleh Allah supaya jangan terleka dengan pemberian itu.

Darinya kita datang kepadaNya kita kembali. sedikit ujian diberi telah mengocakkan keimanan kita. rasa marah, kecewa, sedih dan bertanya kepada diri "kenapa mesti jd mcm ni?" "dimana salah aku?" "kenapa nasib aku x sama seperti org lain?"

sedangkan kita lupa bahawa ujian itu didatangkn untuk sedarkan kita dari lalai ingatan kepadaNya. adalah lebih baik kita muhasabah diri kita kembali mungkin ada perkara2 yg kita terleka..

aku pernah baca satu artikel ni yang mana penulis mengatakan jika seseorang itu menghadapi kesusahan dan kesulitan dalam hidup, mungkin secara tidak sedar kita ada menyakiti hati sesiapa, mendendami sesiapa. andainya ada maafkan lah.

dan hem hem.. mulakan pagi dengan solat subuh dan doakan moga dipermudahkan segala perjalanan dan perkara dalam hidup..senyum dan lapangkan hati..

insyaAllah.. DIa Maha Mendengar dan Mengetahui..