Sunday, August 7, 2011

ResePi Sup Sayur


 salam. ni resepi aku nye sendiri untuk ari jumaat ri tu. sup campak2 jer coz anak dara aku sgt suker kan sup. so, aku buatkanlah. x sedap jgn marah ehh..

bahan2

2 ketul ayam - i cincang
beberapa hirisan daging
10 ekor udang
karot - diptong nipis ikut suka cara mcm mana
kubis
bunga kobis
sayur lobak@sawi@kailan (ikut suka ja. mana2 pon boleh)
cendawan putih bleh @ yang itam tu pon ok
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
hali sdikit
5 biji cili padi - diketuk2
5 batang daun sup
bahan2 perencah sup (bunga cengkih, bunga lawang n kulit kayu manis)
kiub ayam
garam + Gula + serbuk lada putih (kalau suka)

Cara2Nya:

1. tumiskan bawang putih, bawang besar, halia, cili padi dan bahan2 perencah sup. biar sapai wangi.
2. masukkan ayam, daging dan udang. kacau. masukkan air 3 cawan.kacau dan biarkan.
3. bila ayam dan daging masak, masukkan karot, sayur lobak,kobis,kobis bunga dan cendawan. kacau2.
 biarkan seketika.
4. masukkan garam dan gula,lada putih dan kiub ayam.n perasakan. kacau dan biarkan ianya didih. 
5. masukkan daun sup. then padamkan api. siap untuk dihidang..


heheh..(sesuai untuk kanak2 yang sedang membesar n kita yang nak diet ni..)