Wednesday, September 21, 2011

Cinta Hati DemaM..

tidoq lepas masuk ubat

merah nya bibir

sebelum demam
adui..hemm EL lagi aku semalam gara2 qaisara demam panas tetiba. ntah mana silapnya elok2 balik dari abiskan duit di Alamanda tup2 badan panas mendadak. sebab aku kasik makan aice cream mcd ke ek? qaisarakan ada masalah tongsil.. dah la en hubby xda umah. adoii sib baik adik aku ada duduk dgn aku skali. lega sket. dia x meragam awalnya tp pg semalam meragam. maybe x selesa kot. wisau gak takot ada sakit lain coz adik aku ckp kat nursery (adik aku keje situ gak) ada budak kena penyakit berjangkit kuku kaki mulut.. bwak dia g check up di Poliklinik Cahaya presint 8, doktor kata demam biasa ja..

alahaiii adikkkkk... susah ati ibu nakk.. tapi yang merisaukan aku kesahnya irfan nie..
seleranya abang nie

semalam aku check irfan sekali la coz wisau gak muka dia asik napak pucat ja. ya la dia kan putih tapi takan sapai bibir pon kekadang putih.. so aku mintak tlg doc check skali. sangat suprise bila doktor suruh g buat test darah check hemoglobin dia. coz dia memang agak pucat then risau if ada Talesemia!! ishh minta di jauhkan la. balik umah aku diam pk kesah ni. Ya Allah.. berilah anak2 ku ini kesihatan yang sempurna buat mereka dan Kau pindahkan;lah segala kesakitan dan apa sahaja yang memudaratkan mereka padaku.. tapi irfan tetap irfan. dengan lasaknya dia cam xda pa pe pon.

tengah2 main leh plak kata ..

irfan ; "kalau abang mati.. adik main sorang2.." (eh2 tetibe plak dia ckp pelik2. ni. dak ni haih...)
aku  : mati tu apa abang?
irfan : mati tu duduk dlam kubur la. dalam tanah..
aku : kalau mati leh jupa ibu lagi x? (saja soal lagi mengarut.. huhu)
irfan : (geleng) xleh.. sambil main..
aku : duduk dengan sapa dalam tu (lagi mau tanya soalah ngarut.. aiyakk)
irfan : xtau.. (hahha)..

Ya Allah.. pening aku pk.. risaunya Allah yang tahu. hati seorang ibu yang mengandungkan yang membesarkan sehingga sekarang.. harap anak2ku tiada apa2 yang buruk menimpa. dan apa yang irfan ckp tu sekadar sesi pembelajaran perkembangan mindanya. moga dia sihat dan tiada apa2..

Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui dan Maha Mendengar segala isi hati.. aku mohon berilah kegembiranaan dan kesihatan terbaek buat mereka anak2ku. kerana aku mahu mereka berjasa kepada agama bangsa dan tanah air mereka.. Wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani.. berilah aku kebahagiaan dan ketenangan hati dalam mendidik dan membesarkan umat Muhammad ini.. agar mereka berbakti kepada kami orang tuanya nanti.. Kau sentiasa hadirkan aku ujian  agar aku tidak leka dariMu wahai Pencipta Alam Semesta.. berilah aku petunjuk yang terbaik agar tenang hati ini membesarkan mereka. lindungilah mereka dari segala musibah bencana... hanya PadaMu aku meminta..aminnn