Tuesday, May 28, 2013

Perjalanan yang tertangguh

Assalam semua.. huhu tiba2 mood sendu di pagi hari. subhanallah..Walhamdulillah Walailahaillah Allahukbar.. kenapa tetiba post begini? ini kesahnya..
plan kami sekeluarga mahu mengerjakan umrah pada 22hb mei 2013 telah ditangguhkan sehingga ke hari ini. kenapa mengapa? Allah saja yang Maha Mengetahui segala rahsia kesulitan dan kesusahan. setiap yang berlaku hanya sebagai penyebab sahaja.

 bermula dengan masalah visa.. meleret2 hingga ke kuota.. ntahlah.. sukar nak ramal dan nak diceritakan. sebab memikirkan hati2 ramai. mak ayah maafkan kami sebab x dapat tunaikan impian. insyaAllah kami akan pastikan hasrat mak ayah tertunai nanti. InsyaAllah.. sbar ye..

22/5 (Rabu) menerima panggilan dari abg ipaq aku mengatakan visa umrah belum dapat. terus aku call farhan (Travel Agent) untukbuat pengesahan. dia kata xpa2.. saya check lu then tu baru dia ckp agent yang deal pasal visa x inform kuota dari Arab Saudi dah abis. aku bertegas suh dia cari agen visa yang lain. haih..dia ckp paling cpt jumaat tu (24/5) InsyaAllah. ok.kami tunggu..