Monday, July 4, 2011

aPa puN Yang terJadI..BerjalaNlah TanPa henTi..

datang dari kampung :amanshieyda

kita rasa kita paling lemah sedangkan ada lagi lemah dari kita.
saat ini kita rasa kitalah yang paling susah paling miskin
hakikatnya adalagi mereka yang lagi miskin dari kita
waktu ini kita rasa kita yang paling sedih
sedangkan sebenarnya adalagi yang lebih sedih dari kita
saat ini kita rasa kita yang paling malang
namun sebenarnya ada lagi yang lebih malang dari kita
jika kita rasa sangat lemah hanya kerana Allah mengambil sesuatu dari kita,
janganlah kita leka dengan kesedihan itu..
sebenarnya Allah cuba menguji sejauh mana kekuatan hati-hati antara kita.
DIa tidak akan menguji sebarangan hambaNya. seharusnya kita harus bersyukur kerana kita antara orang-orang yang terpilih yang dikejutkan oleh Allah supaya jangan terleka dengan pemberian itu.

Darinya kita datang kepadaNya kita kembali. sedikit ujian diberi telah mengocakkan keimanan kita. rasa marah, kecewa, sedih dan bertanya kepada diri "kenapa mesti jd mcm ni?" "dimana salah aku?" "kenapa nasib aku x sama seperti org lain?"

sedangkan kita lupa bahawa ujian itu didatangkn untuk sedarkan kita dari lalai ingatan kepadaNya. adalah lebih baik kita muhasabah diri kita kembali mungkin ada perkara2 yg kita terleka..

aku pernah baca satu artikel ni yang mana penulis mengatakan jika seseorang itu menghadapi kesusahan dan kesulitan dalam hidup, mungkin secara tidak sedar kita ada menyakiti hati sesiapa, mendendami sesiapa. andainya ada maafkan lah.

dan hem hem.. mulakan pagi dengan solat subuh dan doakan moga dipermudahkan segala perjalanan dan perkara dalam hidup..senyum dan lapangkan hati..

insyaAllah.. DIa Maha Mendengar dan Mengetahui..