Monday, November 22, 2010

sunyi tanpa bapak...

datang dari kampung :amanshieyda

18hb nov 2010 jam 1.05pagi..bapak telah pergi tinggalkan kami. sedih.sampai saat ini aku dan abang masih sedih. ta[pi kata abang..kami kena redha dengan ketentuan takdir ini. selama 4 tahun usia perkahwinan aku, bapak tinggal dengan kami. even dia hanya bapak mertua aku, tapi dia sudah ku anggap seperti ayah kandungku sendiri. lagi pon pertalian kami tidak batalkan wudhuk.

sunyi...sangat sunyi rumah kami sekarang. nasib baik irfan dan qaisara ada. arwah pergi di saat semua orang bz buat korban.. aku sendiri x pasti apa yang aku rasa sekarang. yang aku tahu aku tak sangka secepat itu tuhan ambil dia dari kami. aku belum bersedia.

kadang2 aku masih terasa kewujudan dia dalam rumah. hampir lupa bahawa dia telah pergi. ya Allah..berilah kami kekuatan untuk teruskan keidupan tanpa bapak di sisi.
selama ini ke mana saja kami pergi dia kami bawak sekali. ada la skali skala kami tinggalkan dia. hati aku masih lagi sebak. saat ini air mata masih bertakung tapi aku kene kuat. demi satu kehidupan anak2 aku. suami aku.

bapak..semoga roh bapak dicucuri rahmat dan ditenpatkan dikalangan mereka yang beriman. mudah sungguh ALLAH mengambilmu sehingga kami tidak sedar bahawa Kau akan pergi..

1 comment:

  1. Takkan mudah untuk kita menerima hakikat bahawa insan yang selama ini sentiasa ada disisi kita.. tiba-tiba pergi tanpa sempat kita sedari.. Rasanya masih terlalu banyak benda yang belum sempat kita ucapkan.. masih terlalu banyak perkara yang ingin kita bualkan.. masih terlalu bnyak benda yang tak sempat kita lakukan bersama.. Tapi sesungguhnya itulah ketentuan dari Allah yang Maha Esa.. Sesungguhnya setiap apa yang berlaku adalah dugaan Allah Yang Maha Esa.. dari Dia kita datang.. dan kepada Nya kita kan dikembalikan... A-Fatihah.. moga rohnya ditempatkan dikalangan para solehin... Amin...

    Al-Fatihah juga buat arwah ibunda Puan Che Nah @ Hasnah binti Abdul Rahman yang telah ke Rahmatullah pada tanggal 31hb Julai 2010. Moga roh beliau juga ditempatkan dilkalangan para solehah.. Amin...

    ReplyDelete